Hubungi Kami      
Log Masuk
ID Pengguna :
Kata Laluan :





     Laman Utama » GARIS PANDUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR ELEKTRIK

(Peraturan 75-79 : Peraturan-peraturan Elektrik 1994)

  1. Gunakan Borang ST(KE)2 dan ST(KE)1

  2. Pendaftaran Perniagaan (bukan Sdn Bhd) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    Lampirkan:
    1. Borang D dan
    2. Maklumat Perniagaan yang terkini

    Atau

  3. Pendaftaran Syarikat (Sdn Bhd) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    Lampirkan:
    1. Borang 9, Perakuan Pemerbadanan Syarikat yang terkini
    2. Borang 24
    3. Borang 49
    4. MAA (Memorandum & Article Of Association)
    5. Form of Annual Return of a Company yang terkini

  4. Pemohon - orang yang memohon pendaftaran dan juga orang yang mendaftarkan Perniagaan/Syarikat
    1. Mestilah Ahli Lembaga Pengarah atau Pengarah - dengan pegangan/milikan Saham atau dengan Special Resolutions (resolusi yang dipersetujui oleh semua Ahli Lembaga Pengarah bagi menerima tanggungjawab atas permohonan dan seterusnya sebagai pemegang perakuan pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik bagi pihak perniagaan/syarikat); atau
    2. Mestilah orang yang empunya perniagaan (pemilik tunggal) atau rakan kongsi

  5. SOCSO - Insurans untuk pekerja dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO / SOCSO) 1969:
    Jadual caruman dan resit caruman bagi semua orang kompeten yang dijawat oleh syarikat (melainkan yang berumur 55 tahun dan ke atas atau ahli Lembaga Pengarah yang tidak pernah mencarum atau mereka yang bergaji lebih RM2,000.00).

  6. Peralatan Menguji
    (Catit nombor siri peralatan dan sertakan resit pembelian sekiranya ada)
    1. Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester) 500 11000 1 5000 Volts
    2. Penguji Pemutus Litar Arus Baki (Residual Current Device Tester)
    3. Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester)

  7. Perjanjian Sewa Kedai (Tenancy Agreement) yang distemkan atau suratan hakmilik atau suratan jual beli bagi premis perniagaan dan / atau pejabat yang didaftarkan - atas nama sendiri / rakan kongsi perniagaan / syarikat atau Ahli Lembaga Pengarah.

  8. Pendaftaran Orang Kompeten
    Isi borang ST(KE)1 - Pendaftaran orang kompeten (Jurutera Perkhidmatan Elektrik / Jurutera Elektrik Kompeten / Penyelia Elektrik / Penjaga Jentera / Pendawai / Pencantum Kabel) lengkap dengan gambar, salinan perakuan, salinan kad pengenalan depan belakang, surat tawaran dan surat penerimaan jawatan, dan surat berhenti kerja dari majikan terdahulu.

  9. Papan Tanda Syarikat / Premis Perniagaan
    1. Lesen papan tanda dari Dewan Bandaraya / Majlis Daerah / Majlis Perbandaran surat / resit pengesahan bagi permohonan lesen ini memadai pada masa permohonan dibuat, jika berkaitan (terdapat Majlis yang tidak memerlukan lesen ini)
    2. Gambar berwarna saiz 3R (Poskad) bagi :
      1. Papan tanda syarikat / pejabat (sign board)
      2. Pandangan dari hadapan bangunan premis perniagaan
      3. Pandangan ruangan dalam pejabat
      4. Setor menyimpan barangan elektrik
      5. Peralatan menguji

KEHENDAK BAGI PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN ELEKTRIK

Tiada Perakuan Pendaftaran sebagai seorang Kontraktor Perkhidmatan Elektrik boleh dikeluarkan atau diperbaharui melainkan Suruhanjaya berpuas hati bahawa:
  1. Orang itu yang telah mendaftarkan perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau sebuah syarikat yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  2. Orang itu mengambil kerja sepenuh masa Jurutera Perkhidmatan Elektrik, dan tiada apa-apa dalam perenggan ini melarang orang yang sama daripada menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik itu.
  3. Orang itu mempunyai perlindungan insurans bagi pekerjanya di bawah Akta Keselamatan SosiaI Pekerja 1969.
  4. Orang itu memiliki kelengkapan menguji dan peralatan yang berkaitan dengan kerjanya yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya.

PENGELASAN KONTRAKTOR ELEKTRIK

Nota : Pendawai yang dijawat dikehendaki bekerja sepenuh masa.

Kelas Nilai Kerja Kategori Pendawai yang perlu dijawat Bilangan
A Kerja melebihi RM 1 juta (a) Pendawai Fasa Tiga + Endorsan Pengujian (PW4)
(b) Pendawai Fasa Tiga (PW3)
(c) Pendawai Fasa Tunggal (PW1)
1
2
2
B Kerja mencapai RM 1 juta (a) Pendawai Fasa Tiga + Endorsan Pengujian (PW4)
(b) Pendawai Fasa Tiga (PW3)
(c) Pendawai Fasa Tunggal (PW1)
1
1
1
C Kerja mencapai RM500,000.00 (a) Pendawai Fasa Tiga + Endorsan Pengujian (PW4) 1
D Kerja mencapai RM100,000.00 (a) Pendawai Fasa Tunggal + Endorsan Pengujian (PW2) 1


FI BAGI PENDAFTARAN ORANG KOMPETEN

Fi yang berikut hendaklah kena dibayar bagi pendaftaran orang kompeten daripada kategori yang sesuai dalam lingkungan had umur seperti yang dinyatakan dalam peraturan 63:

Orang Kompeten Fi Pendaftaran
1 tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun
Jurutera Perkhidmatan Elektrik RM 300 RM 600 RM 900 RM 1,200 RM 1,500
Jurutera Elektrik Kompeten RM 200 RM 400 RM 600 RM 800 RM 1,000
Penyelia Elektirk RM 150 RM 300 RM 450 RM 600 RM 750
Penjaga Jentera (voltan kendalian melebihi 1kV sehingga 33kV) RM 110 RM 220 RM 330 RM 440 RM 550
Penjaga Jentera (voltan kendalian sehingga 1kV) RM 60 RM 120 RM 180 RM 240 RM 300
Pendawai (Fasa 1) RM 30 RM 60 RM 90 RM 120 RM 150
Pendawai (Fasa 3) RM 40 RM 80 RM 120 RM 160 RM 200
Pencantum Kabel RM 40 RM 80 RM 120 RM 160 RM 200


FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN ELEKTRIK

Fi yang berikut hendaklah kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang bekerja pada voltan pengendalian yang sesuai yang berikut:

Tahun Voltan Kendalian dalam Kilovolt
33 kV ke atas 11 kV hingga 33 kV 11 kV ke bawah
Fi Permulaan Fi Pembaharuan Fi Permulaan Fi Pembaharuan Fi Permulaan Fi Pembaharuan
1 tahun RM 2,200 RM 1,100 RM 1,100 RM 550 RM 1,000 RM 500
2 tahun RM 3,300 RM 2,200 RM 1,650 RM 1,100 RM 1,500 RM 1,000
3 tahun RM 4,400 RM 3,300 RM 2,200 RM 1,650 RM 2,000 RM 1,500
4 tahun RM 5,500 RM 4,400 RM 2,750 RM 2,200 RM 2,500 RM 2,000
5 tahun RM 6,600 RM 5,500 RM 3,300 RM 2,750 RM 3,000 RM 2,500


FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR ELEKTRIK

Fi yang berikut hendaklah kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik mengikut kelas yang berkenaan:

Tahun Pengelasan
Kelas A Kelas B Kelas C Kelas D
Fi Permulaan Fi Pembaharuan Fi Permulaan Fi Pembaharuan Fi Permulaan Fi Pembaharuan Fi Permulaan Fi Pembaharuan
1 tahun RM 3,000 RM 2,000 RM 1,500 RM 1,000 RM 500 RM 300 RM 200 RM 100
2 tahun RM 5,000 RM 4,000 RM 2,500 RM 2,000 RM 800 RM 600 RM 300 RM 200
3 tahun RM 7,000 RM 6,000 RM 3,500 RM 3,000 RM 1,100 RM 900 RM 400 RM 300
4 tahun RM 9,000 RM 8,000 RM 4,500 RM 4,000 RM 1,400 RM 1,200 RM 500 RM 400
5 tahun RM 11,000 RM 10,000 RM 5,500 RM 5,000 RM 1,700 RM 1,500 RM 600 RM 500


FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI UNIT PENDAWAIAN PERSENDIRIAN

Fi yang berikut hendaklah kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Unit Pendawaian Persendirian:

  1 tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun
Fi Permulaan RM 330 RM 550 RM 770 RM 990 RM 1,210
Fi Pembaharuan RM 220 RM 440 RM 660 RM 880 RM 1,100


FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR PAPAN TANDA ELEKTRIK

Fi yang berikut hendaklah kena dibayar bagi pengeluaran atau pernbaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Papan Tanda Elektrik:

  1 tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun
Fi Permulaan RM 550 RM 880 RM 1,210 RM 1,540 RM 1,870
Fi Pembaharuan RM 330 RM 660 RM 990 RM 1,320 RM 1,650


FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR PEMBAIKAN ELEKTRIK

Fi yang berikut hendaklah kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Pembaikan Elektrik:

  1 tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun
Fi Permulaan RM 110 RM 170 RM 230 RM 290 RM 350
Fi Pembaharuan RM 60 RM 120 RM 180 RM 240 RM 300


FI BAGI PERAKUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGILANG PAPAN SUIS

Fi yang berikut hendaklah kena dibayar bagi pengeluaran atau pembaharuan Perakuan Pendaftaran sebagai Pengiiang Papan Suis daripada kelas yang sesuai:

Tahun Pengelasan
Papan suis dikendalikan pada voltan rendah Papan suis dikendalikan pada voltan
lebih tinggi daripada voltan rendah
Fi Permulaan Fi Pembaharuan Fi Permulaan Fi Pembaharuan
1 tahun RM 660 RM 330 RM 3,300 RM 2,200
2 tahun RM 990 RM 660 RM 5,500 RM 4,400
3 tahun RM 1,320 RM 990 RM 7,700 RM 6,600
4 tahun RM 1,650 RM 1,320 RM 9,900 RM 8,800
5 tahun RM 1,980 RM 1,650 RM 12,100 RM 11,000




Terma & Syarat   |   Dasar Privasi   |   Hakcipta
PENAFIAN: Suruhanjaya Tenaga adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang terdapat di laman web ini.
Hakcipta © 2012 Suruhanjaya Tenaga. Hakcipta terpelihara.
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer 7.0 (dan ke atas), Mozilla Firefox 3.0 (dan ke atas) dan Google Chrome 4.0 (dan ke atas) dengan resolusi 1024 x 768.